Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions

13.02.2017_ MAJLIS PERLETAKAN BATU ASAS BAGI PROJEK "VERTICAL LAND-BASED AQUACULTURE FARM'"

Hari Isnin, 13 Januari 2017 bersamaan 16 Jamadilakhir 1438H

Bandar Seri Begawan

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan pada hari ini menerima lawatan daripada Menteri Negara, Kementerian Perdagangan dan Perusahaaan, dan Kementerian Pembangunan Negara (Minister of State, Ministry of National Development and Ministry Trade & Industry), Singapura; Yang Berhormat Dr. Koh Poh Koon yang tiba di Negara Brunei Darussalam bersama dengan 18 orang pegawai-pegawai kanan, yang terdiri dari CEO Agri-food & Veterinary Authority (AVA) Singapura. Turut serta rombongan tersebut adalah 6 orang pegawai kanan nya, 5 Pegawai Kanan dari Ministry of National Development, Singapura, dan juga 5 orang perwakilan dari pihak media.

Yang Berhormat Dr. Koh Poh Koon berada di Negara Brunei Darussalam selama dua hari bermula hari ini dan akan selajur menyempurnakan Majlis Pecah Tanah (perletakan batu asas), bersama dengan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, bagi pembinaan bangunan  multi-tier aquaculture system bagi satu projek usahasama di antara pelabur tempatan dan syarikat pelabur dari Singapura, iaitu projek Vertical Land-based Aquaculture Farm di Sungai Jambu, Kampong Tungku pada 13 Februari 2017 ini.

Projek Syarikat KR Apollo Sdn. Bhd yang di tempatkan di kawasan seluas 12 hektar di Tapak Akuakultur Airtawar, Sungai Jambu tersebut akan memperkenalkan teknologi baru ke Negara Brunei Darussalam, iaitu pemeliharaan ikan secara bertingkat, (multi-tier recirculation aquaculture system) menggunakan sistem air kitaran-semula (recirculating aquaculture system) dan high density intensive aquaculture yang membolihkan peningkatan produktibiti aktibiti akuakultur ke tahap yang jauh lebih tinggi daripada sistem akuakultur konvensional. (iaitu dari 20 tan metrik sehektar setahun sistem konvensional kepada 400 tan metrik sehektar setahun). Teknologi ini merupakan teknologi moden bagi ternakan / penghasilan ikan laut di kawasan Bandar (urban farming) dimana ianya akan menghasilkan ikan dengan maksima dengan kawasan yang minima.

Teknologi yang di bawa dari operasi Syarikat Apollo Aquarium Pte Ltd, Singapura ini akan meningkatkan penghasilan ikan yang kompetitif serta menjanjikan pasaran eksport ikan akuakultur dan ikan hiasan, bukan saja ke Negara Republik Singapura malah ke pasaran-pasaran antarabangsa, termasuk pasaran Eropah dan Amerika Syarikat.

Tiba lebih awal dari rombongan Yang Berhormat Dr. Koh Poh Koo, iaitu pada 12hb Februari 2017, ialah serombongan 12 orang perwakilan dari syarikat-syarikat pelabur dan peniaga dari Singapura yang akan membuat beberapa perjumpaan khas dengan agensi-agensi kerajaan dan juga pihak swasta – bagi meninjau sebarang peluang-peluang pelaburan, usahasama, dan perniagaan.

Beberapa aktibiti khusus juga telah di aturkan bagi rombongan Yang Berhormat Dr. Koh Poh Koon, termasuk:

  • Siri lawatan ke tapak-tapak syarikat dan beberapa perusahaan sektor perikanan,dan sektor pertanian dan agri-makanan;
  • Perjumpaan dengan agensi-agensi kerajaan dan sesi taklimat peluang-peluang pelaburan dan bisnes, khususnya dalam sektor perikanan, pertanian, agri-makanan, perhutanan, dan pelancongan; dan
  • Sesi Business-Business Matching yang dijangka melibatkan kira-kira 30 orang perwakilan syarikat-syarikat dan pelabur tempatan. Di antara syarikat-syarikat Singapura yang di jangka menyertai sesi ini ialah:
  • Marine Life Aquaculture
  • The Fish Farmer
  • Commonwealth Capital (Barramundi ASIA)
  • GML Aquatic
  • Yik Zhuan Orchids
  • Hay Dairies
  • Ban Lee Huat Seeds Co.
  • Soon Hong Machinery Company
  • Netatech Pte Ltd

Misi dari Singapura ini di jangka akan membuka luas pintu peluang pelaburan dan perniagaan yang lebih kukuh di kalangan pelabur dan peniaga tempatan dan Singapura, khususnya di sektor sumber-sumber utama dan yang berkaitan dengannya.

Disediakan oleh:

Jabatan Perikanan

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Negara Brunei Darussalam

13 Februari 2017

Attachments