Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

13.02.2017_MAJLIS TAKLIMAT PELUANG-PELUANG PELABURAN DALAM INDUSTRI SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN, DAN PERKHIDMATAN DOKONGAN BAGI FOREIGN DIRECT INVESTMENT (FDI)

Majlis taklimat peluang-peluang pelaburan dalam industri sumber-sumber utama dan pelancongan, dan taklimat perkhidmatan dokongan bagi Foreign Direct Investment (FDI) diadakan bagi rombongan delegasi syarikat-syarikat perniagaan dan pelabur daripada Singapura.  Majlis diadakan di Dewan Setia Pahlawan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Jalan Menteri Besar, Bandar Seri Begawan. 

Rombongan delegasi dari Singapura terdiri dari pegawai-pegawai kanan dari Agri-food and Veterinary Authority (AVA), International Enterprise Singapore (IES) dan juga perwakilan dari beberapa syarikat perniagaan dan pelabur Singapura dalam sektor perikanan dan pertanian.  Hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Dy Hajah Aidah binti Haji Abu Hanifah, Pengarah Peritanian dan Agri-Makanan; Yang Mulia Abdul Halidi Mohd Salleh, Pengarah Perikanan; dan Yang Mulia Dayang Hajah Norul Hasanah binti Haji Hassanol Asshari, Ketua FDI Action ans Support Team (FAST), Jabatan Perdana Menteri.

Tujuan taklimat adalah bagi memberikan maklumat peluang-peluang pelaburan dalam industri sumber-sumber utama dan pelancongan khususnya bagi sektor perikanan dan pertanian dan agri-makanan, dan juga perusahaan dalam industri dokongan bagi sektor sumber-sumber utama.

Taklimat juga mengongsikan status industri sumber-sumber utama dalam sektor perikanan dan pertanian yang terdapat di Negara ini dan perancangan serta strategi yang telah digariskan oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan kearah meningkatkan pengeluaran industri sumber-sumber utama dan pelancongan bagi dapat mencapai Wawasan Brunei 2035.

Majlis pada hari ini dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat dan diikuti dengan dua buah taklimat bertajuk "Agriculture & Agri-food and Fisheries Departments' New Targets and RFPS" yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Mariani binti Haji Sabtu, Pemangku Timbalan Pengarah Perikanan.  Sementara itu taklimat terakhir bertajuk "Services and Support for FDI" disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Norul Hassanah binti Haji Hassanol Asshari, Ketua FDI Action and Support Team (FAST) dari Jabatan Perdana Menteri.

Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab dan jamuan ringan.

Disediakan oleh:

Jabatan Perikanan

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Negara Brunei Darussalam

13 Februari 2017

Attachments