Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

17.08.2016_MAJLIS DOA SELAMAT BAGI BAKAL JEMAAH HAJI KSSUP DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA, TAHUN 1437 HIJRAH / 2016 MASIHI

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dan Jabatan-Jabatan di bawahnya pada pagi tadi telah mengadakan majlis doa selamat bagi tiga orang pegawai dan kakitangan Kementerian ini yang akan menunaikan fardu haji ke tanah suci pada tahun ini.  Majlis telah diadakan di Bilik VIP, Tingkat 1, KSSUP.

Bakal-bakal jemaah haji KSSUP tersebut ialah Awang Muhd Hilmi bin Taib, Jurukimia di Pusat Keselamatan Agrimakanan; Dy Zainab binti Haji Abd Hamid, Ketua Juruteknik Makmal di Jabatan Pertanian dan Agrimakanan; dan Dy Hajah Noor'aliah binti Abdullah' Pekerja Tingkat III (Open Vote) di Jabatan Pertanian dan Agrimakanan.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Turut hadir, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali, Timbalan Setiausaha Tetap (Pelancongan); pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan KSSUP.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Awang Haji Saiful Hazmi bin Haji Sulaiman, Pegawai Pentadbir Tingkat Khas, KSSUP. Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan derma kepada bakal-bakal jemaah haji KSSUP yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat Haji.

Majlis antaranya bertujuan untuk sama-sama memohon keberkatan dari Allah Subhanahu Wata'ala agar kesemua bakal-bakal jemaah haji di negara ini mendapat syafaat dan beroleh haji yang mabrur.

 

/TAMAT.

 

Dikeluarkan oleh:

Unit Perhubungan Awam, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan| Negara Brunei Darussalam

Tel.: (673) 2382 822 | E-mel: pr@mprt.gov.bn  |  Laman Web: http://www.mprt.gov.bn   | Facebook:  @mprt.bn

 

Attachments