Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

14.09.2016_MAJLIS IBADAT KORBAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA TAHUN 1437H / 2016M

Hari Rabu, 12 Zulhijjah 1437 Hijrah bersamaan 14 September2016

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta Jabatan-Jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Ibadat Korban  yang diselenggarakan bersama oleh Bahagian Pengurusan dan Kewangan dan Bahagian Dasar dan Perancangan. Majlis tersebut diadakan di Dewan Setia Pahlawan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, telah berkesudian menyampaikan agihan daging-daging korban kepada yang menyertai korban dan yang berhak menerimanya dari kalangan warga Kementerian Sumber-Sumber Utama dan dan Pelancongan pada tahun ini.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Yang Mulia Awang Haji Manaf bin Haji Metussin, Setiausaha Tetap KSSUP, Awang Wadi bin Haji Mohammad Ali, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Pengarah-Pengarah dan Timbalan-Timbalan Pengarah, pegawai-pegawai dan kakitangan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Sejumlah 3 ekor kerbau telah dikorbankan pada tahun ini. Majlis pada hari tersebut telah dimulakan dengan Bacaan surah Al-Fatihah dan bertakbir beramai-ramai sebelum  kemuncak acara iaitu pengagihan daging-daging korban dijalankan.

 

 /TAMAT

 

Dikeluarkan oleh:

Unit Perhubungan Awam, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Negara Brunei Darussalam

Tel.: 2382 822

Email: pr@mprt.gov.bn

Attachments