Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

24.10.2016_MAJLIS SAMBUTAN TAHUN 1438HIJRAH DI KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN

Bandar Seri Begawan

Hari Isnin, 23 Muharram 1438H/24 Oktober 2016M

 

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) mengadakan majlis sambutan Awal Tahun Hijrah 1438 petang ini bertempat di Dewan Setia Pahlawan, Bangunan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Jalan Menteri Besar. Majlis juga diselajurkan dengan meraikan kepulangan warga KSSUP yang telah selamat kembali ke tanah air daripada menunaikan fardhu Haji tahun ini.

Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Turut hadir Yang Mulia Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Setiausaha Tetap KSSUP, Yang Mulia Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali, Timbalan Setiausaha Tetap (Pelancongan), Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan KSSUP, Jabatan dan Bahagian di bawahnya.

Dalam majlis tersebut satu ceramah khas telah disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Kamaru Salam bin Yusof, Timbalan Dekan, Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dengan tajuk ceramah "Hijrah dan Pembangunan Ekonomi"

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat bagi meraikan kepulangan tiga orang jemaah haji dari KSSUP dan Jabatan serta Bahagian di bawahnya.

 

Disediakan oleh :

Bahagian Dasar dan Perancangan

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Negara Brunei Darussalam

Attachments