Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

22.12.2016_MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM BAGI TAHUN 1438H/2016M

Bandar Seri Begawan. Khamis, 22 Rabiulawal 1438H/22 Disember 2016M. Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan rahmat dan taufik serta hidayahnya jua Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan telah dapat mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam bagi Tahun 1438 Hijrah/2016 Masehi.

Majlis yang dikendalikan oleh Bahagian Dasar dan Perancangan dan Bahagian Hidupan Liar, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan berlangsung pada petang Khamis, 22 Disember 2016, bertempat di Dewan Simpur, Pusat Urusniaga Hortikultur Rimba, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Yang Mulia Awang Wardi bin Mohammad Ali, Pemangku Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian serta pegawai dan kakitangan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Seramai lebih kurang 150 pegawai dan kakitangan warga Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan jabatan-jabatan & bahagian-bahagian di bawahnya telah menghadiri Majlis Memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Satu ceramah khas yang membawa mesej penting berhubung dengan perjuangan Rasulullah SAW dalam pembangunan ekonomi umatnya yang boleh dijadikan iktibar telah disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Haji Noralizam bin Haji Aliakbar, Pengarah Pusat Ilmu Teras, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). Majlis juga diserikan dengan satu persembahan Dikir Marhaban yang disembahkan oleh pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Sekian.

Dikeluarkan oleh:

Unit Perhubungan Awam

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

 

Tarikh: 22 Disember 2016

Attachments